ILMU

Ilmu merupakan makanan kepada minda. Tanpa ilmu, minda menjadi lemah. Menuntut ilmu itu adalah pekara yang wajib bagi setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Tanpa ilmu kita akan ketinggalan. Dalam menuntut ilmu kita perlu tahu siapa kita dan siapa yang menjadi guru kita. Proses ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:-

Pertama
Orang yang tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Ini ialah orang yang lalai. Maka hindarilah orang seperti ini.

Kedua
Orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Ini ialah orang yang daif ilmunya. Maka ajar lah orang ini.

Ketiga
Orang yang tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Ini ialah orang lalai. Maka kejutkan dia.

Keempat
Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Ini ialah orang yang arif. Maka ikutlah orang ini.

Akhir kata kenalilah diri sendiri dan dibahagian mana kita berada. Tepuk dada pikir sendiri....

No comments:

Post a Comment